Pemerdagangan manusia

Standard

image

30 Sep, 11 12:27pm

Seramai 136 mangsa jenayah pemerdagangan manusia diselamatkan menerusi 73 tangkapan individu yang terlibat dalam 53 kes sejak Januari hingga Ogos lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan hari ini berkata mangsa pemerdagangan itu kini ditempatkan di seluruh negara – 71 daripadanya lelaki, 40 wanita, 15 kanak-kanak perempuan dan 10 kanak-kanak lelaki.

“Pecahan mengikut kewarganegaraan mencatatkan Myanmar adalah rekod paling tinggi iaitu 41 mangsa, diikuti Pakistan 38, Indonesia 27, India 10, Malaysia 8, Filipina 4, Thailand 3, Vietnam dan Kemboja masing-masing dua mangsa dan China satu mangsa,” katanya.

Beliau berkata statistik itu adalah sebahagian laporan yang dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran yang dipengerusikannya hari ini.

Beliau berkata tangkapan dibuat menerusi aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja.

Tangkapan paling tinggi direkodkan terhadap warga Malaysia iaitu 55 individu diikuti Myanmar (5), Indonesia (4), China (2) dan Thailand serta India (masing-masing 1).

Berdasarkan statistik 53 kes itu, tafsiran Seksyen 2 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP) meletakkan 24 daripadanya sebagai jenayah eskploitasi seks, 19 (perkhidmatan paksa), tujuh kes penjualan bayi dan tiga adalah kesalahan eskploitasi visa di bawah Akta Imigresen 1963.

– Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s