Barah rasuah dan Transformasi di Malaysia

Standard

image

image

Barah Rasuah dan Transformasi di Malaysia

Oleh NOOR SULASTRY YURN IAHMAD

Proses transformasi dan penambahbaikan sistem tadbir urus dalam sektor awam sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelancaran proses pentadbiran negara. Ideologi perjuangan, sistem tadbir urus, dan pembanterasan gejala rasuah merupakan matlamat yang dominan dalam kepemimpinan politik di negara ini.

Semasa Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia ketiga, beliau banyak menyumbang buah fikirannya tentang perpaduan, kelancaran pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), pembersihan daripada gejala rasuah serta pembersihan ideologi komunis. Pembanterasan gejala rasuah merupakan misi utama dalam pentadbiran Hussein Onn bagi memastikan urus tadbir sektor awam berjalan dengan lebih cekap dan berwibawa.

Begitu juga dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memperkenalkan pelbagai pendekatan untuk menyempurnakan dasar pembangunan yang diketengahkan oleh Perdana Menteri sebelumnya seperti DEB. Beliau juga memperkenalkan pelbagai dasar baharu seperti Dasar Pembangunan Nasional atau dikenali sebagai Wawasan 2020.

Malah kepemimpinan Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak juga menekankan aspek yang sama melalui Pelan Transformasi Kerajaan yang dilancarkan pada awal 2010.

Jika diteliti pentadbiran semua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dapat diperhatikan bahawa mereka sangat menitikberatkan pembersihan gejala rasuah dalam sektor awam.

Sewaktu Mahathir memulakan tempoh awal pentadbirannya, beliau melancarkan kempen “Kepimpinan Melalui Teladan” pada 19 Mac 1983. Kempen tersebut menggalakkan penjawat awam untuk memotivasikan diri mereka sebagai manusia yang mempunyai keperibadian dan mutu kerja yang baik. Apabila keperibadian yang dipamerkan itu berkualiti barulah dapat menjadi teladan kepada orang lain.

Manakala pada 1998, Mahathir melancarkan “Gerakan Pemantapan Keutuhan Dalam Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia”. Gerakan ini menekankan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap penjawat awam. Elemen integriti yang ditekankan dalam gerakan ini sangat berkait rapat dengan etika yang baik.

___

Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad merupakan pensyarah kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM) dan Panel Penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, FSSS, UM.

Rencana ini diambil daripada Dewan Masyarakat Mei 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s