PBB

Standard

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
PBB kurang berperanan dalam menjalankan fungsi sebenarnya. Misalnya, dalam usaha menjamin keamanan
dunia jelas menunjukkan kelemahannya. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan ini?

Pengenalan Tentang PBB
• PBB bermaksud Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
• Sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 oktober 1945 selepas Perang Dunia ll.
• Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia.
• PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-Bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II.

Terdapat 4 Matlamat Piagam PBB:

• Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.
• Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota.
• Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira agama dan bangsa.
• Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.

Kelemahan-kelemahan PBB dalam usaha menjamin keamanan dunia :
• Sikap campur tangan untuk kepentingan sendiri.
• Keangkuhan negara penceroboh.
• Penyalahgunaan Kuasa
• Kelemahan pasukan tentera pengaman PBB.

Sikap campur tangan untuk kepentingan

• Sikap campur tangan negara besar terhadap negara kecil dan negara-negara yang tidak berkeupayaan untuk berlawan.
• PBB diperalatkan oleh negara-negara tertentu untuk mencapai tujuan politik bagi kepentingan masing-masing.
• Contohnya:- Pencerobohan AmerikaSyarikat untuk menangkap Jeneral Noriega.- Pencerobohan Britain terhadap Pulau Falkland.

Keangkuhan negara penceroboh
• Kedegilan dan keangkuhan negara penceroboh itu sendiri dan pencabulan negara-negara yang
didamaikan menyebabkan perintah-perintah PBB tidak diikuti.
• Contohnya:- Pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza, Bukit Golan dan Tebing Barat.

Penyalahgunaan Kuasa

• Kuasa-kuasa veto seperti Amerika Syarikat dan Britain telah menggunakan Program Pembangunan
PBB (UNDP) untuk menyebabkan nilai budaya mereka kepada masyarakat dunia.
• Perbuatan ini tidak disenangi oleh penduduk dunia.
• Contohnya, pada Persidangan Kependudukan dan Pembangunan yang diadakan di Kaherah pada bulan
September 1994, PBB mengusulkan untuk mengiktiraf pasangan homoseksual.

Kelemahan pasukan tentera pengaman PBB

• Kebanyakan pasukan tentera disumbangkan oleh negara-negara Bersekutu yang diketuai oleh Amerika
Syarikat.
• Ini menjadikan negra-negara yang merupakan penyumbang utama tentera pengaman bertindak mengikut
kepentingan Amerika Syarikat.
• Contohnya:- Tindakan Israel menzalimi Palestin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s