ISTILAH di MAHKAMAH

Standard

1. Afidavit – Satu kenyataan bertulis atas nama seorang yang bersumpah dan menandatangani kenyataan tersebut, C,orang itu mesti berupaya membuktikan kenyataan-kenyataannya di mahkamah.
2. Alibi – Orang yang dituduh berada di tempat lain semasa kejadian berlaku.
3. Bigami – Orang bukan Islam yang berkahwin semasa perkahwinan yang pertama masih sah.
4. Certiorari – Memohon di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah.
5. Condictio – Kes yang melibatkan tindakan peribadi seseorang ke atas orang lain (kes civil).
6. Contempt of court – Menghina mahkamah atau tidak mengikut arahan dan peraturan mahkamah.
7. Culpa lata – Kesalahan yang berlaku kerana kecuaian yang ketara sehingga dianggap sengaja.
8. Defamation – Kesalahan yg melibatkan terbitan dan cetakan sesuatu maklumat palsu terhadap seseorang (fitnah).

9. Ex parte – Satu permohonan oleh plaintif (orang yang menuntut) kepada mahkamah bagi mendengar kes tetapi tanpa kehadiran pihak defendan.
10. Functus officio – Mahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar hukuman dan membuka kesitu semula di mahkamah yang sama.
11. Habeas corpus – Arahan mahkamah supaya seseorang dahun tahanan dilepaskan supaya orang itu datang sendiri untuk mendengar dan membela dirinya dalam sesuatu kes di mahkamah.
12. Injunksi – Perintah mahkamah terhadap seseorang supaya melakukan atau berhenti melakukan sesuatu sama ada untuk jangka masa sementara atau tetap.
13. Mandamus – Perintah Mahkamah Tinggi menyuruh seseorang atau agensi menjalankan togas untuk orang swam.
14. Mandatori – Satu hukuman yang sepatutnya dilaksanakan dan tidak boleh diringankan.
15. Mitigasi – Permohonan untuk mengurangkan hukuman yang telah dijatuhkan.
16. Kesalahan pejuri – Membuat sumpah (angkat sumpah) yang palsu.
17. Prima facie – Kes yang dapat diteruskan dalam mahkamah kerana mempunyai bukti-bukti yang kuat.
18. Power of attorney – Saluran rasmi yang membolehkan seseorang mendapat hak untuk mewakili dan bertindak untuk seseorang.
19. Percedent – Keputusan mahkamah mengikut fakta dalam kes-kes yang sama dan lama yang sudah pernah dibuat oleh mahkamah-mahkamah sebelunuiya (duluan).
20. Sapina (subpoena) – Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah atau sesuatu tempat pads satu masa kerana sesuatu perkara yang ada kaftan dengan perbicaraan.
21. Sine die – Menghentikan dan menangguhkan kes tanpa menetapkan tarikh untuk menyambung semula sesuatu kes sebab tiada fakta yang boleti menyabitkannya.
22. Status quo – Kembali kepada keadaan atau kedudukan asal.
23. Stay of execution – Ditanggulikan atau digantung sesuatu hukuman mahkamah.
24. Ultra vires – Satu tindakan yang melampaui batas atau di luar kuasa undang-undang.
25. Writ – Satu dokumen/surat perintah yang dikeluarkan atas nama Yang di-Pertuan Agong.

2 responses »

  1. THANX COZ SEDIAKAN BENDA NI.sANGATLAH MEMBANTU NAK BUAT PRESENTATION UTK PENGAJIAN AM.muahaha.gelak ni bukan nak gelak kan ko.gelakkan diri sendiri coz dah hampir nak siap dah presentation dia.Ok.thanx again!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s