Fungsi
1.Menyediakan rumah mampu milik untuk golongan yang berkelayakan serta mengawal selia aspek pemajuan perumahan.
2.Membantu dan membimbing Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, kemudahan sosial dan rekreasi bagi memenuhi keperluan penduduk serta meningkatakan peluang ekonomi yang seimbang.
3.Memberi perkhidmatan pencegahan dan pemadaman kebakaran serta penyelamatan yang cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda.
4.Menasihati kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mengenai perkara-perakara berkaitan perancangan, pengurusan, pemajuan dan pemuliharaan tanah selaras dengan sistem perancangan fizikal negara.
5.Menyediakan dasar dan khidmat nasihat perancangan, pelaksanaan dan pengurusan landskap, taman dan rekreasi bagi PBT dan agensi kerajaan.
6.Menyediakan dasar, sistem dan kawal selia terhadap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif.
7.Memaju dan mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang dan pemegang pajak gadai di seluruh negara.
Piagam Pelanggan
Akta di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
a. Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118);
b. Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663);
c. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);
d. Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133);
e. Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);
f. Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538);
g. Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341);
h. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672);
i. Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (kta 673 );
j. Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400); dan
k. Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 ( Akta 81 )
l. Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118).
m. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
9. Memastikan pemuliharaan dan pembangunan landskap, taman awam dan kemudahan rekreasi yang berkualiti dan menyeluruh bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara taman.
10. Memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dibekalkan berada di tahap yang tinggi manakala kemudahan pengurusan sisa pepejal, penyelenggaraan dan pengoperasian dibina dengan teknologi mesra alam dan kos efektif.
11. Merancang, menyedia dan mengawal selia infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) selaras dengan perkembangan teknologi semasa bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.
12. Mengawal selia aktiviti pemberi pinjam wang melalui pelesenan dan penguatkuasaan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) secara telus, cekap dan berkesan di samping menyedarkan masyarakat mengenai hak-hak mereka sebagai peminjam.
13. Mengawal selia aktiviti pemegang pajak gadai melalui pelesenan dan penguatkuasaan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81) secara telus, cekap dan berkesan di samping menyedarkan masyarakat mengenai hak-hak mereka sebagai pemajak.