Industri Pelancongan di Malaysia

Standard

Industri Pelancongan di Malaysia….

Pendahuluan…..

• Sebagai sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa, Malaysia mempunyai alam semulai jadi yang unik dengan deretan pulau yang menawan.
• Oleh itu, negara kita mampu menjadikan industri pelancongan sebagai sumber utama pendapatan negara jika alam semula jadi itu dieksploitasi sepenuhnya.
• Berdasarkan jumlah pelancong yang semakin bertambah ke negara kita sejak kebelakangan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri: statistik.
• Keunikan budaya rakyat yang berbilang kaum menjadi aset penting dalam usaha negara menarik kedatangan pelancong- diiktiraf oleh UNESCO ( Pulau Pinang, Melaka, Hutan Sepilok, Pulau Mataking Sabah.
• Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, menyarankan agar tugas menarik kedatangan pelancong harus menjadi tanggungjawab semua pihak dan tidak terletak di bahu kerajaan sahaja.

Bentuk-bentuk pelancongan
• Pelancongan pendidikan
• Agro pelancongan
• Pelancongan sukan
• Pelancongan kesihatan
• Pelancongan tempat-tempat menarik

Faktor yang mempengaruhi tarikan pelancong ke Malaysia…

• Faktor utama pelancong datang di sesebuah negara ialah adanya kemudahan prasarana seperti pengangkutan dan perhubungan.
• Kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, dan sebagainya turut menjadi faktor penting dalam menarik ramai pelancong mengunjungi negara kita.
• Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di tempat- tempat baru yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan- menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen.
• Mewujudkan halaman pelancongan dalam nternet juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing.
• Kepelbagaian kebudayaan dan adat regaIn penduduk tempatan juga dapat menarik ramai pelancong iatang ke negara ini.

Langkah-langkah bagi menarik pelancong ke Malaysia…
• Mengadakan promosi di luar negara juga merupakan langkah yang wajar dilakukan oleh LPPM dalam usaha menarik lebih ramai pelancong mengunjungi negara ini- Kementerian Pelancongan.(Dato Seri Dr Ng Yen Yen)
• Iklan pada pengangkutan udara – lukisan kartugrafi Dato Lat
• Pengiklanan melalui internet
• Sponsor F1, Liga Inggeris – M.United, GT Japan, Motor GP, Le Tour De Langkawi. Malaysian Open Tennis, Squash, Badminton, pelumba basikal.
• Membuka pusat penerangan di beberapa buah negara.
• Mengadakan Kempen ‘Zoom! Malaysia’secara meluas, Tahun Melawat Malaysia 2007, Cuti-cuti Malaysia, Jom Melancong, citrawarna Malaysia, MATTA Fair, penerbangan tambang rendah (Air Asia, Fire Fly), LIMA, Langkawi, Pesta Pulau Pinang,
• Memperkenalkan Malaysia di luar negara dengan mempromosikan kawasan-kawasan pelancongan yang menarik di Malaysia.
• Penerbitan animasi – Upin & Ipin-Persidangan UNESCO
• Pakej pelancongan
• Kemudahan infrastruktur
• Mengekalkan keamanan Negara/ meningkatkan keselamatan/ politik Negara
• Harga berpatutan
GALAKAN CUKAI BAGI PEMBANGUNAN KAWASAN ZON WELLNESS DI PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN
Pembangunan kawasan Zon Wellness di Port Dickson diberikan galakan cukai yang disediakan :-
1. 70% daripada pendapatan yang diterima oleh syarikat daripada perkhidmatan yang diberi kepada bukan pemastautin (pelancong asing) dikecualikan cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun mulai tahun taksiran 2008.
2. Galakan cukai ini diberi hanya kepada syarikat yang menjalankan aktiviti penjagaan dan rawatan kesihatan

Penutup…

Pihak terbabit harus memikirkan kaedah lain yang lebih berkesan, mudah, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sejajar dengan keadaan ekonomi negara yang meruncing dewasa ini.

About these ads

2 responses »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s