Isu Kekebalan Raja-raja Melayu

Standard

ISu KeKeBalaN RaJa-RAJa MElaYu

Isu kekebalan raja ini sebenarnya timbul pada tahun-tahun 1992, bilamana mantan PM, Tun Mahathir Mohamed berusaha untuk menarik kekebalan raja-raja Melayu ketika itu. Sebenarnya kes ini timbul pada 1992, bila Douglas Gomez dicederakan di Istana Sultan Johor pada 30 Nov.1992. Berikutan dengan itu pada 10 Disember, 92 Dewan Rakyat telah meluluskan dengan sebulat suara usul yang dicadangkan oleh En Ghafar Baba, TPM ketika itu, mengenai apa yang dikenali sebagai peristiwa Bukit Serene.

Sebenarnya sebelum Bukit Serene, berbagai perkara telah berlaku. Antaranya pada Julai 1992, Tengku Bendahara Johor telah dituduh memukul dan mencederakan seorang bernama Jaafar, penjaga gol hoki pasukan Perak selepas perlawanan hoki antara Johor dan Perak. Kemudian peristiwa Prebet Adam yang mengamuk di Chow Kit juga dikaitkan dengan kesultanan Johor yang sehingga kini tiada keputusan yang jelas mengenai perkara itu.
En. Ghafar Baba menegaskan di Parlimen;
“Dan bahawa Dewan ini memutuskan kejadian tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan bertentangan dengan cita-cita serta hasrat undang-undang negara yang berteraskan kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Dan Dewan ini mengambil ketetapan bahawa segala tindakan yang perlu hendaklah diambil bagi menentukan insiden seumpama ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.”

Bahagian Perlembagaan yang disebut-sebut akan dipinda adalah Perkara 181(1) yang menyebutkan bahawa “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.” Mengikut peruntukan ini, adalah sukar bagi kerajaan Barisan Nasional untuk meminda Perkara 66 (4) Perlembagaan Malaysia yang berbunyi “Yang Di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa 30 hari selepas sesuatu rang undang-undang dikemukakan kepada baginda diperkenankan dengan menyebabkan rang undang-undang itu dicop dengan Mohor Besar.” Kod Etika yang dikemukakan oleh Barisan Nasional ditolak oleh Majlis Raja-Raja, menjadikan ia sukar untuk dilaksanakan. Akhirnya kerajaan berjaya memasukkan satu artikel tambahan di bawah Perkara 66 (4) iaitu 66 (4A) yang berbunyi “jika suatu rang undang-undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam fasal(4), rang undang-undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya.”

Perkara 66(4) memberikan beberapa implikasi. Antaranya sesuatu rang undang-undang itu akan lulus secara automatik walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatanganinya. Ini memungkinkan kezaliman akan tertimpa ke atas rakyat . Umpamanya soal Akta Pengambilan Tanah yang telah dipinda, rakyat tidak mampu menolak jika tanahnya ingin diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan. Apa yang boleh dilakukan hanyalah tuntutan pampasannya boleh dipertikaikan di Mahkamah. Selebihnya seseorang itu akan kehilangan tanahnya jika kerajaan berhasrat untuk mengambilnya.

Sebaliknya orang-orang politik pula kebal daripada tindakan mahkamah. Banyak kes politik akhirnya berakhir begitu sahaja, tanpa tindakan dapat diambil di mahkamah. Terlalu banyak kes membabitkan orang politik tidak dapat diselesaikan, menjadikan seolah-olah mereka lebih kebal daripada Raja-raja dan berada di atas undang-undang

1. Pandangan Sultan
Sultan SelangorSultan Sharafuddin Idris Shah
“ Jika rakyat rasa saya berhak, saya menerimanya dan saya akan lakukan yang terbaik. Apapun , biarlah rakyat dan Parlimen tentukan kerana Parlimenlah yang menarik balik kekebalan raja-raja. Malah , ia dibawa oleh orang Melayu sendiri….”
Istana Mestika6 hb. Disember,2008
Mingguan Malaysia; 7 hb. Disember,2008, ms 1

2. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali(MP Pasir Mas) berkata Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda semula bagi mengembalikan semula kuasa raja-raja bagi memperkenankan sesuatu rang undang-undang di Parlimen. Ia adalah sebagai langkah untuk meyakinkan orang Melayu serta percaya institusi raja di negara ini masih relevan.

3.Perkara 181(2) :Perlembagaan Malaysia; pindaan pada tahun 1994 membolehkan raja-raja Melayu didakwa di Mahkamah Khas Raja-raja.

4.Menurut Prof. Zainal Kling pula , “jika tiada kuasa raja; kerajaan mungkin akan menjadi terlalu kuat seperti apa yang berlaku di Thailand. Jadi, mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu adalah wajar.”

2 responses »

    • pada saya sesiapa sahaja yang berkuasa wajar melaksanakan tanggungjawab dengan baik. hukum perlembagaan malaysia dibuat berdasarkan perlembagaan British..jadi apalah yang boleh diharapkan. sebagai negara Islam kita sepatutnya berpaksikan Al Quran dan Sunnah. undang2 boleh dipinda mengikut keperluan..jadi saya sokong yang benar dan menolak perkara yang salah.. t.kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s